Update lagi.. Now kite baca fakta ape yang common baby boleh buat @7 months. Sumber dari babycenter.. Apakah yang bayi saya boleh lakukan pada usia 7 bulan? Bayi anda semakin pandai menggunakan tangannya. Ini akan berguna sewaktu makan apabila dia belajar minum daripada cawan bertangkai dua sendiri. Tidak lama lagi diakan akan dapat menepuk tangan, dan mungkin menunjukkan penghargaan apabila anda menyanyi untuknya. Bayi anda mungkin lebih banyak keluar air liur bulan ini. Ramai bayi yang keluar gigi pertama mereka pada usia ini. Gegelung tumbuh gigi yang sejuk boleh membantu melegakan gusi yang sengal. Bayi belajar memegang Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih r...