5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam. 1 . Memukul wajah Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, āJika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.ā 2. Menampakkan kemarahan yang ketara Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu āalaihi wa sallam, āBukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah.ā 3. Memukul di dalam keadaan sangat marah Dari Abu Masāud al-Badri, dia berkata, ā(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, āKetahuilah, wahai Abu Masāud!ā Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, āKetahuilah, wahai Abu Masāud! Ketahuilah, wahai A...