Projek terbaru yg dlm perancagan nak tanam rumput, tapi sblm tu jom kt survey dulu pasal rumput ni. baca blog apa yang patut & bljr cara2 nak tanam..gitula kan..sayakan budak baru belajar, nak cari cikgu mmg xdptla..kalo suruh org buat..kn kluarkan kos lebih plak..
Jom tgk rumput ape yg boleh dipilih:
COW GRASS
Rumput jenis ini agak popular dan
banyak kita lihat dimana-mana.
Cowgrass adalah rumput yang
tahan lasak serta murah
berbanding dengan rumput-rumput
lain.Proses penanaman juga agak
mudah dan tidak memerlukan
penjagaan yang rumit cuma perlu
ditrim setiap 2 minggu
untuk sentiasa kelihatan cantik.
Cowgrass hanya memerlukan
cahaya yang cukup dan perlu
disiram pada waktu pagi dan
petang ketika proses awal
penanaman.
PHILLIPINE GRASS
Rumput karpet jenis PHILLIPINE ini
adalah pilihan paling popular
untuk kediaman-kediaman dan
premis-premis perniagaan
kecil dinegara kita.Daunnya lebih
kecil berbanding dengan cowgrass
dan sesuai untuk kawasan yang
panas terutama laman
rumah.Rumput ini tidak meninggi
namun perlu ditrim untuk
kelihatan rata dan cantik.
PEARL GRASS
Rumput mutiara ini berwarna hijau
pekat dan daunnya agak bujur
berbanding cowgrass.Beza antara
pearl grass dengan cowgrass
adalah
rumput ini tidak perlu ditrim
setiap bulan memandangkan
ianya tidak meninggi.
Pearl grass tidak tahan cahaya
matahari dan ia sesuai untuk
kawasan yang agak teduh seperti
bawah pokok,tempat letak kereta
dan tempat yang terlindung dari
cahaya matahari.
Antara jenis rumput yang selalu jadi pilihan...pilihan aku pulak pearl grass...bile yea nak start projek hijau..tunggu smpi mood dtg...
Comments
Post a Comment