Jom tanam rumput

Projek terbaru yg dlm perancagan nak tanam rumput, tapi sblm tu jom kt survey dulu pasal rumput ni. baca blog apa yang patut & bljr cara2 nak tanam..gitula kan..sayakan budak baru belajar, nak cari cikgu mmg xdptla..kalo suruh org buat..kn kluarkan kos lebih plak..

Jom tgk rumput ape yg boleh dipilih:

COW GRASS

Rumput jenis ini agak popular dan banyak kita lihat dimana-mana. Cowgrass adalah rumput yang tahan lasak serta murah berbanding dengan rumput-rumput lain.Proses penanaman juga agak mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit cuma perlu ditrim setiap 2 minggu untuk sentiasa kelihatan cantik. Cowgrass hanya memerlukan cahaya yang cukup dan perlu disiram pada waktu pagi dan petang ketika proses awal penanaman.

PHILLIPINE GRASS

Rumput karpet jenis PHILLIPINE ini adalah pilihan paling popular untuk kediaman-kediaman dan premis-premis perniagaan kecil dinegara kita.Daunnya lebih kecil berbanding dengan cowgrass dan sesuai untuk kawasan yang panas terutama laman rumah.Rumput ini tidak meninggi namun perlu ditrim untuk kelihatan rata dan cantik.

PEARL GRASS

Rumput mutiara ini berwarna hijau pekat dan daunnya agak bujur berbanding cowgrass.Beza antara pearl grass dengan cowgrass adalah rumput ini tidak perlu ditrim setiap bulan memandangkan ianya tidak meninggi. Pearl grass tidak tahan cahaya matahari dan ia sesuai untuk kawasan yang agak teduh seperti bawah pokok,tempat letak kereta dan tempat yang terlindung dari cahaya matahari.

Antara jenis rumput yang selalu jadi pilihan...pilihan aku pulak pearl grass...bile yea nak start projek hijau..tunggu smpi mood dtg...

Comments

Popular posts from this blog

Medivest Raya 2018

Lisa's Graduation Day

Kenangan bersama